Tuesday, August 01, 2006

Kito anok beranok..

Salam sejahtera buat semua sahabat yang dah kenal atau yang baru nak kenal saya.... di sini nak laporkan bahawa PERDANA (Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim) telah menganjurkan Hari Keluarga PERDANA '06 yang telah berlangsung dengan jayanya di Tasik Kejut..... Program ini telah melibatkan seramai 99 orang budak first year dan disertai oleh 50 orang Exco dan Mantan-mantan exco.... Yang paling berseri lagi ialah, ianya telah dirasmikan penutupannya oleh dua orang penasihat PERDANA yang tak asing lagi iaitu Prof. Latiff dan Juga Che Wan...
Program yang bermula seawal jam 8.30pg dengan taklimat dari Mohd Kushairi dan Sollihe..... Banyak ragam dan telatah dari adik-adik junior dan exco yang bersama-sama bekerjasama untuk merebut tempat pertama dalam pertandingan.... Dan yang paling meriah ialah pertandingan tarik tali yang di adili sendiri oleh Prof Latiff....

2 Comments:

At 11:42 AM, Blogger pentumas_mandiri said...

Kat mana nie.... tak pernah tengok pun

 
At 4:10 PM, Blogger pentumas_mandiri said...

MUJAHIDAH SEJATI...

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI





Mujahidah Sejati

Intan permata mutiara mahkota

Seindah pelangi di cakerawala

Menghiasi taman indah nan permai



Mujahidah sejati

Engkaulah serikandi pembela agama

Peribadi solehah hiasan diri

Subur dengan iman dan ketaqwaan



Mujahidah sejati

Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa



Mujahidah sejati

Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah

Bersulam pengorbanan

Bisa menggegarkan isi dunia



Mujahidah sejati

Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ummah yang abadi



Mujahidah sejati

Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah,Fatimah

Menjadi muqarrabin bermujahadah

Menuju cinta dan kasih Allah



Paras rupa bukannya ukuran

Nilainya sama disisi Tuhan

Cuma ibadah yang membezakan

Wanita solehah disisi Tuhan



Berhati-hatilah hasutan dunia

Kerana ia merbahaya

Jangan biarkan ia bertakhta

Dalam diri dengan dosa-dosa



(Nahwan Nur)

 

Post a Comment

<< Home



1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.

2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.

3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.

4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim

MUTIARA KATA IMAM GHAZALI

1. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam kesesatan

2. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu. Tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

3. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dancinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuk suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

4. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang tunjukkan kegembiraan, kerelaan, penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.

5. Melindungi persaudaraan dengan menolak celaan-celaan drpd musuh dan kedengkian orang-orang yang berdengki adalah wajib dalam ikatan persaudaraan.

6. Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.

7. Ketahuilah bahawa harta itu adalah seperti ular. Padanya ada racun dan padanya jua ada penawar. Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bias.

8. Membuka rahsia itu satu pengkhianatan dan ia adalah haram apabila datangkan kemelaratan pada orang lain serta tercela walaupun orang itu tak melihat.

9. Jika anda berada dalam jamuan dirumah orang hendaklah menjaga perangai, menjaga mata. Dalam solat menjaga hati dan dalam pergaulan menjaga lidah.

10. Ketahuilah kiranya sebahagian orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang,berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.

11. Manusia yang paling lemah ialah yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.

12. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia punyai darjat yang tinggi.

13. Ilmu yang hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.

14. Kebahagiaan yang sebenar lagi utama hanya terletakpada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan

15. Nikmat yan dikurniakan Allah akan bawa bahagia. Apabila seseorang sedikit sahaja cintanya terhadapNya, maka sedikitlah hasilnya diakhirat kelak