Thursday, January 11, 2007

Al-Quran panduan penunjuk jalan...

Al-Quran adalah mukjizat dan kitab suci yang diturunkan untuk umat di akhir zaman ini. Membacanya akan mendapat pahala, mendengarnya juga pahala.Yakinlah bahawa mengamati, menghayati, memahami dan mengamalkannya akan menjadikan kita umat yang diredhai oleh Allah S.W.T.Namun, banyak sebab yang menyebabkan kita tidak berkesempatan memahaminya hatta membaca dan mendengarnya sekalipun.

Dengan itu, kami datangkan kepada saudara dan saudari sekalianAl-QURAN DIGITAL TERBARU... Lengkap dengan PENAMPILAN dan pelbagai perisian yang amat bermanfaat.
Mengandungi 114 surah (boleh dipilih dari mana-mana surah dan ayat untuk dibaca atau didengar) Bacaan daripada 2 Qari’ yang masyhur. Tafsir Al-Jalalain Riyadh al-Salihin (English/arab) Waktu solat 200 negara(2800 bandar di dunia) Arah kiblat(2800 bandar di dunia) Bacaan dan teks doa… Skrin berlampu…

Belajar dan menghafaz al-Quran pada bila-bila masa dan di mana sahaja
>>>AL-QUR’AN DIGITAL+ 2 BATERI AA + CHARGER+ EARPHONE+ KOMPAS ARAH KIBLAT+ SARUNG BALDU + KOTAK BUNGKUSAN ISTIMEWAJangan lepaskan peluang milikinya hari ini…. harga yang amat berpatutan melengkapi citarasa anda…….
Hanya RM 298.00 sahaja!(termasuk kos penghantaran) DAPATKANNYA SEKARANG!

http://www.berjayamarketing.com/

israel dedah pelan sulit serang Iran

Tel Aviv mahu guna bom nuklear hancurkan loji Natanz
LONDON: Israel sudah merangka pelan sulit untuk memusnahkan kemudahan nuklear Iran menggunakan senjata nuklear taktikal, menurut laporan yang disiarkan akhbar Britain, Sunday Times.
Merujuk apa yang dikatakan sebagai beberapa sumber tentera, akhbar itu menyatakan, dua skuadron udara tentera Israel sudah berlatih untuk meletupkan loji meningkatkan keupayaan uranium di Natanz menggunakan bom nuklear terhad pemusnah kubu.
Dua lagi kawasan, iaitu loji air berat di Arak dan loji uranium di Isfahan, akan diletupkan menggunakan bom konvensional, lapor Sunday Times.
Bulan lalu, Majlis Keselamatan meluluskan sekatan ke atas Iran untuk cuba menghalang negara itu meningkatkan keupayaan uranium yang dituduh Barat mungkin bertujuan untuk menghasilkan bom nuklear.
Teheran menegaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada rakyat negara itu serta menegaskan, Iran tetap akan meneruskan programnya.
Israel enggan menolak kemungkinan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang dilakukannya melancarkan serangan ke atas reaktor atom di Iraq pada 1981, meskipun ramai penganalisis percaya kemudahan nuklear Iran itu tidak mampu ditangani sendiri oleh rejim Yahudi terbabit.
Akhbar itu menyatakan, pelan Israel itu merangkumi penggunaan peluru berpandu laser bagi merintis laluan di sasaran serangan. Selepas itu, bom nuklear akan digunakan untuk serangan di Natanz, membolehkan ia meletup di bawah tanah serta mengurangkan pencemaran radioaktif. – AP

Sunday, January 07, 2007


7 Januari 2007_Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana syarikat yang terlibat dalam perubatan Islam melebarkan sayap perniagaan di negeri ini.

Katanya, dengan cara itu, Kelantan mampu menjadi hab kepada perubatan Islam di negara ini bagi menjana pendapatan untuk rakyat.

‘‘Konsep perubatan Islam perlu disokong semua kerana ia memang disebut Allah dan kemudian diamalkan oleh ilmuan dan ulama terdahulu sejak berabad lamanya.
‘‘Cuma biasalah, orang hendak buat tohmahan kerana bukan sahaja bidang perubatan, politik Islam pun ada halangan tetapi saya yakin perubatan Islam boleh dihidupkan semula setelah lama tidak diamalkan.

‘‘Dalam Islam, sakit bukan sahaja dari luaran tetapi dalaman, sebab itu ada doa melalui ayat-ayat al-Quran. Saya sendiri orang minta buat air tawar, cumanya orang Melayu kita rosakkan dengan jampi menggunakan bacaan tidak berkaitan dalam Islam,” jelasnya.

Saturday, January 06, 2007

Ceria UKM


05 Januari 2005 (Khamis) Putrajaya_Satu lawatan tak rasmi telah dilakukan oleh 4 orang deligasi UKM ke Putrajaya. tujuan utama lawatan deligasi ini ialah untuk melawat seorang adik kecil dari generasi bawah yang sedang bekerja di Jabatan perlesenan Pilot (jong ngecop lesen Pilot)..

Pada mulanya, deligasi ini singgah di Seri Kembangan, Serdang untuk ambik motor Pendi (NBB) yang dipos terus dari Kelantan dengan menggunakan khidmat KELANTAN TRANSPORT. selepas itu, salah seorangnya meng"call" Fattah dan menyatakan tujuan kami ke sana...

Lebih kurang 15 minit selepas itu, kami sampai di Putrajaya. selepas menunaikan tuntutan Ilahi, kami menjamu selera dengan Roti yang dijadikan belakan oleh si adik kecil ini...

Setelah bersembang, kami minta diri untuk pulang... kalau ada masa kami kunjungi lagi...
Wassalam....
Salam ukhuwah buat semua...

Penggantungan Saddam


Sekitar penggantungan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein...

Turut kecewa dengan tindakan kerajaan boneka Amerika terhadap Saddam, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dengan menjelaskan hati umat Islam benar-benar tersentuh terhadap nasib yang dialami bekas presiden Iraq.
“Walaupun Saddam terkenal sebagai pemerintah ‘diktator’, namun tindakan menghukum gantung sampai mati benar-benar mencabar sensitiviti umat Islam, apa lagi ianya didalangi oleh Barat.
“Bush serta sekutu-kutunya sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam dan tindakan itu sebenarnya didalangi Amerika,” kata Husam.
Tambahnya, ketegangan akan terus memuncak ekoran peristiwa berkenaan kerana dunia tidak boleh menerima hukumannya yang boleh dipertikaikan dalam pelbagai aspek.

Ku sambut seruan sahabat


Salam blogger...
Ape kabar semua....
harap² semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmatNya....

Ape khabar IMAN kita hari nie.... harap-harap bertambah dari hari semalam...
bagi yang berada di IPT, selamat berjuang menempuh liku-liku hidup di alam kampus....

bagi adik-adik yang masih di bangku sekolah... teruskan persekolahan... jangan ponteng pula...

Tuesday, September 12, 2006

Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hinggaberatus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan danBaitul Maqdis dapat dibebaskan. Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak pedulu langsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa. Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap keranaia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.

Iman dan jihad
Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah sepertibuih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.
Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat. Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat. Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah. Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

Lanjut: Lawat>> http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4144&Itemid=60

Wednesday, August 16, 2006

Demonstrasi Anti Israel... di UKM

Salam perjuangan buat semua sahabat,,,,,,, di sini ana nak nukilkan secoret catatan tentang demo yang telah di lakukan di UKM bangi di bawah PMUKM, dengan kelulusan HEP..... Pada pagi Jumaat yang mulia..... kami telah berkumpul di hadapan bangunan p[usaneka seawal pukul 9.00pagi..... Demo dimulakan dengan ucapan dari Presiden PMUKM. kemudian di beri kata-kata semangat oleh Presiden Ikatan Study Islam (ISI UKM), selepas itu Presiden ISIUKM telah membacakan doa semangat dan doa selamat... bagi kelancaran demo yang akan dilakukan. selepas itu kami mula berarak dari Pusaneka ke bangunan Canselori untuk menghantar memorandom bantahan terhadap kekejaman Israel kepada Naib Canselor...... Alhamdulillah Demo yang dirancangkan dapat dijalankan dalam keadaan aman.....

Istiadat Konvokesyen UM..... Tahniah

Gambar kenangan KONVO UM, 13/08/2006

Kami sentiasa bersama Abe Aje


Salam mesra buat semua...... dah lama rasanya tak edit blog nie.... ye la, asyik sibuk aje.... pada 12-13 Ogos yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti majlis konvokesyen yang berlangsung di UM (walaupun pada masa yang sama UKM juga ada pesta KONVO.... tapi yang di UM lebih penting...).... seawal 12/08/2006 lagi saya dan shai dah berada di UM walaupun istiadat penerimaan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, Syariah Undang-undang berlangsung dapa sidang terakhir 13/08/2006. Walaupun tak gred lagi, namun, saya rasa macam saya yang gred.... yang turut hadir ke sana ialah Abe Mat Imin, Azrul, Fakru Algojo, Hapis Rais, Zaim Anak Rusli, Saya Dan Shai......

Tuesday, August 01, 2006

M3P... Bukan MP3


Bermula dari 17-21 Julai lalu, PUSANIKA UKM Bangi penuh sesak dengan pelajar first year. Kerana sepanjang minggu ini, mereka perlu mendaftarkan diri dalam persatuan yang diminati mereka... terutamanya mendaftarkan diri sebagai ahli kepada persatuan anak negeri.... PERDANA UKM, tidak ketinggalan dalam mempromosikan persatuan kami..... Sehingga 2 Ogos 2006, setakat yang diuddate, seramai lebih kurang 410 orang telah medaftarkan diri sebagai ahli PERDANA bagi sessi ini.... di sini jelas menunjukkan bahawa ramainya rakyat Kelanta di UKM.... Biasalah UKM (Universiti Kelantan Malaysia).... Dan beberapa program bakal menyusul bagai merapatkan ukhuwah antara ahli PERDANA yang lama dengan adik-adik junior... antaranya ialah Hari Keluarga PERDANA '06 (23 Julai 2006),
Interaksi PERDANA (5 Ogos 2006),
Kem Kepimpinan PERDANA (17-19 September 2006)
dan banyak lagi....



1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.

2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.

3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.

4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim

MUTIARA KATA IMAM GHAZALI

1. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam kesesatan

2. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu. Tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

3. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dancinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuk suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

4. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang tunjukkan kegembiraan, kerelaan, penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.

5. Melindungi persaudaraan dengan menolak celaan-celaan drpd musuh dan kedengkian orang-orang yang berdengki adalah wajib dalam ikatan persaudaraan.

6. Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.

7. Ketahuilah bahawa harta itu adalah seperti ular. Padanya ada racun dan padanya jua ada penawar. Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bias.

8. Membuka rahsia itu satu pengkhianatan dan ia adalah haram apabila datangkan kemelaratan pada orang lain serta tercela walaupun orang itu tak melihat.

9. Jika anda berada dalam jamuan dirumah orang hendaklah menjaga perangai, menjaga mata. Dalam solat menjaga hati dan dalam pergaulan menjaga lidah.

10. Ketahuilah kiranya sebahagian orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang,berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.

11. Manusia yang paling lemah ialah yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.

12. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia punyai darjat yang tinggi.

13. Ilmu yang hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.

14. Kebahagiaan yang sebenar lagi utama hanya terletakpada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan

15. Nikmat yan dikurniakan Allah akan bawa bahagia. Apabila seseorang sedikit sahaja cintanya terhadapNya, maka sedikitlah hasilnya diakhirat kelak